Isu Semasa
Politik
Tidak Adil Tuduh Bapa Saya Dalang Disebalik Pendedahan Skandal 1MDB - Mukhriz
KUALA LUMPUR: Tuduhan yang dilemparkan kepada Tun Dr Mahathir yang dikatakan menjadi dalang dalam pendedahan skandal yang berlaku di dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mendapat perhatian anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menteri Besar Kedah berkenaan mempertahankan bapanya yang dituduh di sebalik dakwaan terhadap Perdana Menteri melibatkan 1MDB di mana tidak timbul bapanya menyeleweng, mengubah fakta mahupun mengedit emel.
"Ia merupakan satu tuduhan dan dakwaan yang sangat tidak adil. Paling terbaharu adalah mengenai dakwaan bahawa bapa saya terlibat dengan (Xavier Andre) Justo dalam yang dikatakan sebagai dalang menukar dokumen-dokumen ini."
"Kalau ada yang mengatakan adalah satu dakwaan tidak berasas untuk menuduh pucuk pimpinan parti, maka samalah juga tidak adil kalau membuat dakwaan-dakwaan yang tidak adil terhadap bapa saya," katanya.
Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat lantang mengkritik kepimpinan Datuk Sri Najib termasuk dakwaan mengenai 1MDB.
Baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah menuduh Dr Mahathir terlibat dalam "pembohongan terbaharu" selepas media antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan sebanyak AS$700 JUTA (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
"Apa yang kita mahu adalah kebenaran. Saya tidak ragu-ragu dari segi kesetiaaan saya untuk pucuk pimpinan. Persoalan yang dibangkitkan perlu juga dijawab supaya kita tahu apa yang kita sokong," katanya
Related from:
Home
Find Us On Facebook
Sponsor Ads
Hot Topic This Week!
-
FAZURA TAK LAYAK BERGELAR PRINCESS? Pelbagai komen dikemukakan oleh laman sembang kebelakangan ini mengenai perihal Fazura yang dika...
-
Alahai kesiannya dengan Selena Gomez, dia punyalah cinta mati sama kekasihnya, Justin Bieber tapi alih-alih Bieber dilaporkan hanya akan be...
-
PUTRAJAYA - Seorang murid tahun satu, meninggal akibat diserang strok haba setelah disuruh tidur oleh ibunya, demikian dakwaan seorang ...
-
Arahan : Mamat Khalid Genre : Aksi/Komedi Tahun : 2014 Rating : 4/5 Ulasan ini mengandungi spoiler. Filem bertema gangster ini adalah ya...
-
Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan ...
-
Pernahkah anda mengetahui keputusan SPM bagi artis kita? Jom saya kongsikan dengan anda keputusan artis kita. Ada yang mendapat keputusan ...
-
BONGKAR !! (WAJIB BACA !!) Rancangan Baharu Yahudi Wanita Mengandungkan Anak Orang Islam | Sekarang ini ramai "Orang Islam meng...
-
Terbaca di beberapa laman blog ada mendedahkan menjelasan punca sebenar kenapa mangsa samun, Nur Shafiqa ditoreh mukanya. Kenyataan seorang ...
Powered by Helplogger
No comments
Post a Comment