Skandal 1MDB: Yang Dipertuan Agong Tak Boleh Pecat PM



SHAH ALAM: Yang Dipertuan Agong tidak boleh memecat Perdana Menteri, demikian menurut penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Kata pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, Yang Dipertuan Agong hanya mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri yang pada pandangan baginda mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat.

Kata Agus, jawatan perdana menteri hanya boleh terlucut melalui beberapa keadaan seperti mendapat undi tidak percaya ahli dewan atau hilang sokongan majoriti ahli dewan; beliau sendiri meletakkan jawatan; hilang kelayakan sebagai ahli dewan disebabkan hukuman mahkamah, gila dan muflis; dan dewan rakyat dibubarkan.

"Jadi, ahli politik yang meminta supaya Agong bertindak memecat PM, saya nasihatkan teliti dahulu prosedur pemecatan PM sebelum mengeluarkan kenyataan supaya kenyataan yang dikeluarkan itu tidak berbentuk sensasi," katanya memetik Free Malaysia Today hari ini.

Najib pada ketika ini berdepan dengan tuduhan menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi, apabila media asing, The Wall Street journal (WSJ) mendedahkan berbilion ringgit disalurkan ke dalam beberapa akaun, yang dipercayai akaun bank peribadi Najib.
Pendedahan laporan itu dikatakan sebagai penemuan oleh penyiasat Malaysia, yang berdasarkan dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan yang diperoleh akhbar berkenaan dan laman web Sarawak Report.  
WSJ melaporkan, dokumen menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya ke akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.

No comments

Post a Comment

Home