Raja Farah Luah Rasa Sedih Selepas Dituduh Bercerai Kerana Gagal Beri Zuriat



Pelakon Raja Farah terkilan dengan segelinti pihak media yang masih menyalahkan dia sebagai punca rumah tangganya retak selepas ramai menganggap tidak dapat memberi zuriat punca dia dengan bekas suami iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, bercerai pada 25 Mei la

“Saya sedih bila baca komen di blog-blog hiburan terdapat segelintir masyarakat masih menyalahkan saya dalam perpisahan ini dengan mereka melemparkan kata-kata yang saya tidak mampu beri anak. Sebenarnya itu semua bukan sebab kami berpisah.

“Namun saya tidak boleh dedahkannya kerana menghormati arahan mahkamah syariah. Apa yang boleh saya beritahu ialah kami tiada persefahaman lagi,” ujar Raja Farah.

Raja Farah Raja Aziz, 27,  bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.


Beliau pada masa yang sama memberitahu bahawa masalah rumah tangga mereka telah timbul sejak dua tahun lalau dan masing-masing mengambil keputusan untuk tinggal bersaingan selain dia tidak menolak faktor kahwin terlalu muda dan kurang matang manjadi punca masalah ini.

“Banyak perkara yang saya belajar tentang lelaki dan kualiti seorang lelaki untuk dijadikan suami. Saya masih muda dan tidak menolak untuk kembali berumah tangga semula selain mahukan cahaya mata sendiri,” tambahnya lagi.

No comments

Post a Comment

Home