KPN Tolak Dakwaan Kematian Pengasas Ambank Pada 2013 Ada Kaitan Dengan Skandal 1MDB



KUALA LUMPUR: Gesaan Lim Kit Siang supaya membuka semula kertas siasatan mengenai pembunuhan Hussein Ahmad Najadi ditepis Ketua Polis Negara (KPN) dengan menegaskan kematian pengasas Ambank itu tidak ada kena mengena dengan isu 1MDB.

Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan tanggapan itu sebagai tiada asasnya.

"Kematian pengasas AmBank tiada kaitan dengan isu kontroversi 1MDB dan ini adalah dakwaan yang tidak bertanggungjawab," demikian memetik The Rakyat Post hari ini.

Terdahulu Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu PDRM membuka semua kertas siasatan kematian Hussein pada 2013 yang ditembak mati di Bukit Bintang.

Kit Siang dalam satu kenyataan medianya berkata Hussein telah pergi melaporkan kepada Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac 2013.

No comments

Post a Comment

Home