Isu Semasa
Kisah Sedih Warga Emas Dijemput Untuk Terima Sumbangan Raya, Tetapi Sekadar Meramaikan Majlis
Berlegar dilaman sosial hari ini kisah seorang warga emas berumur 62 tahun yang dijemput oleh pihak Baitulmal untuk menerima sumbangan Hari Raya di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang akan dihadiri oleh pemimpin negara.
Cerita berkenaan telah diceritakan oleh anak warga emas berkenaan, Rabiatun Asmah Mohd Ali, mengenai ibunya yang didakwa telah dianaiya oleh pihak Baitulmal dan juga seolah ditipu untuk membuatkan ibunya pergi ke majlis yang kononnya penyerahan sumbangan hari raya untuk mereka.
Menceritakan kisah itu, ibunya telah bangun pada jam pukul 2 pagi (2 Julai) selepas dikatakan pihak Baitulmal telah menelefonnya meminta pergi ke Masjid Az-Zubair pada jam 4 pagi kerana ada makanan sahur disediakan.
Belum sempat menjamah makanan yang disediakan, ibunya yang ditemani abang ipar sudah diarah menaiki bas untuk bergerak ke Maeps
"Mak cepat-cepat ambil sebungkus bekas makanan dan menaiki bas dimana di dalam perjalanan mak membuka makanan tersebut. Apa yang ada hanya sedikit nasi (mkn dirumah lagi kenyang) dan lauknya ikan bilis goreng sejemput...tiada sayur..dan kurma dua biji." katanya.
Apabila sampai di Merps hari masih gelap dan masing-masing mahu menunaikan solat subuh namun apa yang mengejutkan bas berkenaan berhenti sejauh 500 meter dari dewan yang dikatakan akan diadakan majlis berkenaan.
"Mak yang berumur 62 tahun gagahkan diri berjalan sejauh itu dari langit bewarna gelap hinggalah suasana menjadi cerah baru sampai ke dewan berkenaan, tiada kakitangan yang datang membantu insan-insan lemah seperti mak ini."
"Menurut kata mak ada orang yang lebih tua darinya dimana ada yang sampai jatuh terjelepok kerana tidak mampun untuk berjalan lagi dan merungut kerana pemandu bas berkenaan memberhentikan bas terlalu jauh dari dewan," katanya lagi.
Apabila sampai ke dewan ibu wanita berkenaan hendak memasuki tandas untuk mengambil air sembahyang tetapi orang menunggu terlalu ramai dan dia tidak mampu berdiri lagi menyebabkan warga emas itu terlepas solat subuh kerana keadaan kemikian.
Selepas jam 7 semua jemputan masih menanti-nanti, selepas 2 jam menunggu tiada apa-apa majlis lagi bermula menyebabkan ibu beliau pergi ke tandas selepas.
Semasa di tandas ibu beliau telah menegur seorang gadis dengan bertanya "Majlis ape ye ramai sgt nie?" Gadis tersebut jawab.."Majlis nie saje nk meramaikan majlis makcik" Mak mengangguk tanda faham.
Terpandang di luar dewan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak sudah sampai dengan kereta iringan.
"Terdetik dlm hati mak...PM boleh pula naik kereta sampai dewan..kenapa rakyat perlu susah-susah berjalan jauh-jauh."
Selepas sejam PM berucap, majlis yang merupakan majlis sumbangan aidilfitri untuk asnaf Baitulmal dan ibu beliau didakwanya hanyalah jemputan sahaja.
Tiada sumbangan aidilfitri pun buat mereka di mana hanya menerima cenderahati berupa sebuah beg kain berisi kain pelikat, kain batik dan tuala kecil.
Habis majlis kira-kira pukul 11 pagi ibunya yang ditemani abang ipar keluar cepat-cepat kerana takut ditinggalkan bas yang membawa mereka datang sebab ibunya itu berjalan dengan perlahan.
"Mak berjalan ke bas tapi mak sempat merungut..penat mcm nak mati...mak x larat..tapi mak gagahkan juga...berkali2 mak berhenti kepenatan..mak ada semput..mak asyik kata "tobat aku xkan pergi lg"..smpai abg ipar terpaksa papah mak..aku menangis dengar cerita mak...sedih sgt2."
"Sesampai di dalam bas..mak menarik nafas lega sebab dapat duduk..sblm bas bertolak..kakitangan baitulmal bagi sampul raya...Mak ckp syukur dpt rezki walau pnt..tp ble smpai rumah..buka2 hanya ada rm30..mak ketawa sendiri..."tobat aku xkn pergi lg", ceritanya mengenangkan nasib ibunya diperlakukan demikian.
Kerana penyebaran cerita ini, ada pihak telah membawa perkara ini kepada pihak Baitulmal sendiri. Baitulmal dalam maklum balasnya memberitahu kain pelekat dan kain batik hanyalah cenderahati tetapi akaun tunai aidilfitri mereka akan masukkan ke dalam akaun penerima sebanyak RM500 pada 1 Julai dan sebahagian lagi pada 3 Julai.
Puan Rabiatun Asmah Mohd Ali menyifatkan apa yang dilakukan oleh Baitulmal tersebut adalah satu penganiyaan terhadap warga emas dan golongan kurang upaya kerana bantuan boleh diagihkan ke kawasan masing-masing bukannya mengadakan majlis yang menyusahkan sedemikian.
Related from:
Home
Find Us On Facebook
Sponsor Ads
Hot Topic This Week!
-
FAZURA TAK LAYAK BERGELAR PRINCESS? Pelbagai komen dikemukakan oleh laman sembang kebelakangan ini mengenai perihal Fazura yang dika...
-
Alahai kesiannya dengan Selena Gomez, dia punyalah cinta mati sama kekasihnya, Justin Bieber tapi alih-alih Bieber dilaporkan hanya akan be...
-
PUTRAJAYA - Seorang murid tahun satu, meninggal akibat diserang strok haba setelah disuruh tidur oleh ibunya, demikian dakwaan seorang ...
-
Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan ...
-
Arahan : Mamat Khalid Genre : Aksi/Komedi Tahun : 2014 Rating : 4/5 Ulasan ini mengandungi spoiler. Filem bertema gangster ini adalah ya...
-
Pernahkah anda mengetahui keputusan SPM bagi artis kita? Jom saya kongsikan dengan anda keputusan artis kita. Ada yang mendapat keputusan ...
-
BONGKAR !! (WAJIB BACA !!) Rancangan Baharu Yahudi Wanita Mengandungkan Anak Orang Islam | Sekarang ini ramai "Orang Islam meng...
-
Terbaca di beberapa laman blog ada mendedahkan menjelasan punca sebenar kenapa mangsa samun, Nur Shafiqa ditoreh mukanya. Kenyataan seorang ...
Powered by Helplogger
No comments
Post a Comment