Berbicara mengenai cinta, pelakon kecil molek Elfira Loy mengakui dia sangat memandang tinggi seseorang yang mampu berfikir dengan matang.
Elfira gadis yang kini tampil lebih manis semenjak mengenakan hijab sejak hari lahirnya dahulu mempunyai cara tersendiri apabila menilai seseorang.
“Saya suka tengok seseorang dari segi dia berfikir.
“Saya menyukai lelaki yang matang. Sama ada dia berumur 18 tahun - walaupun muda dua tahun daripada saya - ia tetap OK,” katanya ketika ditemui Malaysiakini di majlis merbuka puasa AirAsia & AirAsia X, di Hotel Hilton Kuala Lumpur semalam.
Bagaimanapun, menurut pelakon itu yang sedang berada di tahun akhir pengajian Diploma Seni Persembahan di Kolej Damansara Utama (KDU) di tahun akhir, dalam soal cinta dia lebih selesa tidak meletakkan sebarang ciri khusus.
Elfira juga tidak mahu mendorong lelaki yang bakal mengisi hatinya sekadar mengikut kemahuannya semata-mata.
“Saya tidak boleh letak kriteria itu kerana saya tidak mahu individu berkenaan cuba menjadi apa yang saya mahu. Biarlah saya seorang saja tahu sama ada dia orangnya atau tidak.
“Tetapi apa yang penting, tentulah kita mahu cari keserasian,” katanya.
Kredit : Malaysiakini
No comments
Post a Comment