Jawa Barat Kuatkuasa Larangan Tonton TV Dari Maghrib Hingga Isyak



Sebagai cara mendidik anak-anak kecil mendalami asas agama, satu larangan supaya televisyen ditutup dari waktu Maghrib hingga Isyak telah dikeluarkan kepada masyarakat di daerah Purwakarta di Jawa Barat.

Menurut Ketua Daerahnya, Dedi Mulyadi, larangan itu bagi membolehkan anak-anak kecil ini melakukan solat jemaah, belajar agama dan mengaji Al-Quran.

“Ketika ini, budaya solat Maghrib berjemaah, membaca al-Quran dan belajar agama mulai Maghrib hingga Isyak sudah banyak ditinggalkan.

“Semuanya berpunca daripada program televisyen yang tidak berguna pada waktu Maghrib yang menyebabkan kanak-kanak tidak mahu mengamalkannya,” katanya.

Malah Ramadhan juga dianggap bulan yang paling sesuai untuk menguatkuasakan amalan itu, juga sebagai galakan kepada masyarakat Islam melipatgandakan amal ibadat mereka.

Meskipun ia tidak termaktub di dalam undang-undang, namun larangan berkenaan mula dibawa kepada pemimpin masyarakat dan ketua kampung di daerah itu.

No comments

Post a Comment

Home