Isu Semasa
Politik
Dr Mahathir Cabar Najib Dedah Dan Tunjukkan Akaunnya Kepada Rakyat
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menunjukkan kepada rakyat akaun bank miliknya untuk menangani segala dakwaan kontroversi bahawa beliau telah mengambil AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana 1MDB.
"Apabila orang buat dakwaan terhadapnya tentang sesuatu, beliau berkata ia adalah satu komplot, karut, ia tidak benar.
"Buktikan bahawa ia tidak benar. Sangat mudah untuk beliau membuktikan ia tidak benar.
"Beliau mempunyai akaun-akaun bank, apa yang beliau perlu buat ialah berkata: 'Anda periksa akaun saya, anda lihatlah," kata Dr Mahathir kepada BBC UK hari ini.
Sebelum ini, Wall Street Journal (WSJ) milik Dow Jones telah melaporkan bahawa dana 1MDB sebanyak AS$700 telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib di Ambank.
BACA: Tidak Adil Tuduh Bapa Saya Dalang Disebalik Pendedahan Skandal 1MDB - Mukhriz
Bagaimanapun Najib telah menafikan tuduhan tersebut dan telah menuduh Dr Mahathir terlibat dalam kerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan beliau.
Dalam pada itu Dr Mahathir berkata penafian semata-mata adalah tidak mencukupi.
"Anda kata anda menafikannya, tapi marilah kita tengok akaun-akaun tu," katanya.
SUMBER : Siakapkeli
Related from:
Home
Find Us On Facebook
Sponsor Ads
Hot Topic This Week!
-
FAZURA TAK LAYAK BERGELAR PRINCESS? Pelbagai komen dikemukakan oleh laman sembang kebelakangan ini mengenai perihal Fazura yang dika...
-
Alahai kesiannya dengan Selena Gomez, dia punyalah cinta mati sama kekasihnya, Justin Bieber tapi alih-alih Bieber dilaporkan hanya akan be...
-
PUTRAJAYA - Seorang murid tahun satu, meninggal akibat diserang strok haba setelah disuruh tidur oleh ibunya, demikian dakwaan seorang ...
-
Arahan : Mamat Khalid Genre : Aksi/Komedi Tahun : 2014 Rating : 4/5 Ulasan ini mengandungi spoiler. Filem bertema gangster ini adalah ya...
-
Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan ...
-
Pernahkah anda mengetahui keputusan SPM bagi artis kita? Jom saya kongsikan dengan anda keputusan artis kita. Ada yang mendapat keputusan ...
-
BONGKAR !! (WAJIB BACA !!) Rancangan Baharu Yahudi Wanita Mengandungkan Anak Orang Islam | Sekarang ini ramai "Orang Islam meng...
-
Terbaca di beberapa laman blog ada mendedahkan menjelasan punca sebenar kenapa mangsa samun, Nur Shafiqa ditoreh mukanya. Kenyataan seorang ...
Powered by Helplogger
No comments
Post a Comment