Berhati-hati Dengan Panggilan +375 atau +371 atau +081


PERINGATAN PENTING : PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, yang mengenakan  cas yang tinggi kepada pemanggila adalah sahih. Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, +37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau +081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali). Panggilan tersebut boleh membuatkan anda terkena caj yang tinggi (premium rates).

Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana  arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.

Sumber : Facebook 1Sabah

No comments

Post a Comment

Home