Bayi 4 Bulan Didera: Pasangan Suami Isteri Direman Empat Hari



SUNGAI PETANI: Pasangan suami isteri yang berusia 25 dan 26 tahun ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan polis berhubung kes dera seorang bayi berumur empat bulan.

Ibu bapa bayi berkenaan ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada jam 11 malam semalam.

Bayi perempuan berkenaan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAS) Sungai Petani oleh pemilik pusat jagaan kanak-kanak pada Rabu lalu selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.

Mangsa dipercayai mengalami pendarahan pada bahagian otak dan mata.

No comments

Post a Comment

Home