Anwar Ibrahim Dimasukkan Ke HKL Petang Tadi



SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dimasukkan ke HKL petang tadi untuk menerima rawatan lanjut.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberitahu dalam satu kenyataan, Anwar akan ditempatkan di HKL untuk beberapa hari.

"Difahamkan bahawa beliau telah ditempatkan di wad berasingan dan akan berada di HKL untuk beberapa hari.

"Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan CT Scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau," katanya memetik laporan dari Sinar Online.

Selain itu, isteri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah dibenarkan untuk bertemu Anwar petang tadi.

No comments

Post a Comment

Home