Top 5 Lelaki Perfect 10 Mengikut Kriteria Khairy Jamaluddin
Top 5 Lelaki Perfect 10 Mengikut Kriteria Khairy Jamaluddin
Kontroversi mengenai isu peluk cium artis K-Pop B1A4 bersama empat peminat wanita beragama Islam baru-baru ini masih lagi hangat diperkatakan.
Tidak dinafikan personaliti dan juga paras rupa serta bakat yang ada pada artis K-Pop membuatkan peminat yang rata-ratanya terdiri daripada perempuan menggilai mereka.
Isu tersebut menyebabkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) memuat naik satu status mengenai ciri-ciri lelaki sejati di akaun Twitter yang telah menarik perhatian ribuan pengikut laman sosialnya.
Kapsyen tersebut berbunyi:
“Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu Bukan lelaki sejati.” tulisnya.
Jadi mungkinkah ciri-ciri yang ditulis oleh KJ ini merupakan ‘Mr. Perfect 10’ yang sepatutnya dicari oleh gadis-gadis Melayu di Malaysia?
Siapa pula selebriti tempatan yang menjadi igauan peminat mengikut kriteria yang digambarkan oleh KJ?
Jom lihat calon-calon top 5 lelaki ‘Perfect 10’ mengikut kriteria KJ:
Zul Ariffin
Zul Ariffin kini semakin digilai wanita selepas membintangi drama ‘Rindu Awak 200%’ bersama Ayda Jebat. Dengan susuk tubuh yang sasa serta gaya-gaya romantik yang ditonjolkan di dalam drama itu membuatkan Zul menjadi perhatian para gadis.
Sharnaaz Ahmad
Lebih dikenali sebagai Jebat kerana lakonannya dalam Bukan Aku Tak Cinta telah meletakkan namanya di paras yang popular. Membawa watak sebagai ‘bad boy’ tetapi menjadi baik selepas berkahwin, membuatkan ramai anak-anak gadis terbuai-buai dengan watak itu.
Keith Foo
Pelakon darah kacukan Cina-India ini pada awal kemunculannya agak kurang dikenali, namun setelah membintangi drama Ariana Rose namanya melonjak naik. Ini adalah kerana watak yang dibawanya itu seolah-olah mencerminkan dirinya sendiri. Kalau ada cerita mengenai Keith Foo, ramai yang ingin tahu perkembangan terbarunya.
Kamal Adli
Mungkin Kamal Adli menepati beberapa ciri-ciri yang disebutkan oleh KJ. Selain tinggi dan berkulit agak gelap, Kamal juga merupakan seorang lelaki yang sangat ‘sweet’.
Nazim Othman
Rupa paras yang kacak, tinggi dan juga berkulit agak gelap, nampaknya pelakon Nazim Othman lengkap dengan pakej tersebut.
Malah, wajah Nazim juga dikatakan menyerupai dengan seorang aktor Korea iaitu Choi Jin Hyuk.
Selain berlakon, Nazim Othman juga mempunyai bakat menyanyi dan menari. Siapa yang tidak cair sekiranya ‘Mr. Perfect 10’ mereka mempunyai kriteria sama seperti Nazim kan?
Jadi jangan lupa untuk menyaksikan sebuah filem adaptasi novel yang bakal ditayangkan di Astro berjudul ‘Suamiku Encik Perfect 10’ Januari ini.
Related from:
Home
Find Us On Facebook
Sponsor Ads
Hot Topic This Week!
-
FAZURA TAK LAYAK BERGELAR PRINCESS? Pelbagai komen dikemukakan oleh laman sembang kebelakangan ini mengenai perihal Fazura yang dika...
-
Alahai kesiannya dengan Selena Gomez, dia punyalah cinta mati sama kekasihnya, Justin Bieber tapi alih-alih Bieber dilaporkan hanya akan be...
-
PUTRAJAYA - Seorang murid tahun satu, meninggal akibat diserang strok haba setelah disuruh tidur oleh ibunya, demikian dakwaan seorang ...
-
Arahan : Mamat Khalid Genre : Aksi/Komedi Tahun : 2014 Rating : 4/5 Ulasan ini mengandungi spoiler. Filem bertema gangster ini adalah ya...
-
Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan ...
-
Pernahkah anda mengetahui keputusan SPM bagi artis kita? Jom saya kongsikan dengan anda keputusan artis kita. Ada yang mendapat keputusan ...
-
BONGKAR !! (WAJIB BACA !!) Rancangan Baharu Yahudi Wanita Mengandungkan Anak Orang Islam | Sekarang ini ramai "Orang Islam meng...
-
Terbaca di beberapa laman blog ada mendedahkan menjelasan punca sebenar kenapa mangsa samun, Nur Shafiqa ditoreh mukanya. Kenyataan seorang ...
Powered by Helplogger
No comments
Post a Comment