Masalah komunikasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu, dakwa pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara Mohd Amir Abdul Ghani.
Beliau berkata pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul.
"Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung.
"Sekolah tidak pernah menghalang sesiapa pakai baju kurung kerana ia adalah baju kebangsaan. Malah guru-guru bukan Melayu pun boleh pakai baju kurung," katanya ketika ditemui Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Media tempatan melaporkan dakwaan seorang pelajar sekolah yang berumur 15 tahun dilarang memakai baju kurung oleh pihak pentadbiran sekolah di Kuala Lumpur kononnya atas alasan baju kurung hanya untuk pelajar perempuan Melayu.
Mohd Amir berkata permintaan pihak sekolah supaya memakai kesemua butang baju kurung adalah bagi menjaga aurat pelajar sekali gus menjaga keselamatan pelajar itu sendiri.
Katanya satu perbincangan antara pengetua, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penjaga kepada murid berkenaan (pengadu) turut diadakan pada hari ini bagi menyelesaikan konflik berkenaan.
Beliau menegaskan pelajar perempuan yang terlibat akan kembali ke sekolah dan bebas memakai baju kurung.
Mohd Amir berkata beliau tidak berada di sekolah pada hari kejadian dan mendakwa masalah komunikasi itu adalah antara guru dan pelajar.
Pengetua itu percaya jika beliau berada di sekolah pada hari tersebut mungkin perkara itu tidak timbul dan menjadi isu hangat di media sosial. - BERNAMA
Isu Semasa
Sekolah Tidak Menghalang Pelajar Bukan Islam Pakai Baju Kurung - Pengetua Sekolah
Related from:
Home
Find Us On Facebook
Sponsor Ads
Hot Topic This Week!
-
FAZURA TAK LAYAK BERGELAR PRINCESS? Pelbagai komen dikemukakan oleh laman sembang kebelakangan ini mengenai perihal Fazura yang dika...
-
Alahai kesiannya dengan Selena Gomez, dia punyalah cinta mati sama kekasihnya, Justin Bieber tapi alih-alih Bieber dilaporkan hanya akan be...
-
PUTRAJAYA - Seorang murid tahun satu, meninggal akibat diserang strok haba setelah disuruh tidur oleh ibunya, demikian dakwaan seorang ...
-
Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan ...
-
Arahan : Mamat Khalid Genre : Aksi/Komedi Tahun : 2014 Rating : 4/5 Ulasan ini mengandungi spoiler. Filem bertema gangster ini adalah ya...
-
Pernahkah anda mengetahui keputusan SPM bagi artis kita? Jom saya kongsikan dengan anda keputusan artis kita. Ada yang mendapat keputusan ...
-
BONGKAR !! (WAJIB BACA !!) Rancangan Baharu Yahudi Wanita Mengandungkan Anak Orang Islam | Sekarang ini ramai "Orang Islam meng...
-
Terbaca di beberapa laman blog ada mendedahkan menjelasan punca sebenar kenapa mangsa samun, Nur Shafiqa ditoreh mukanya. Kenyataan seorang ...
Powered by Helplogger

No comments
Post a Comment