Jika anda mempunyai peranti Android, mungkin anda pernah mendengar perkataan "rooting" atau "rooted." Jika anda tertanya-tanya adakah sesuai untuk anda lakukan, kami akan berkongsi dengan anda kebaikkan dan keburukan rooting telefon pintar Android anda.
Sebelum kami pergi jauh, apa sebenarnya "rooting"? Sebagaimana post yang sebelum ini, rooting Android merujuk kepada mendapatkan akses untuk penggunaan atau arahan ke tahap "akar"(root).
Jadi, patutkah anda root telefon anda? Pada saya, jawapan untuk soalan itu adalah ya, tetapi sebelum anda membuat keputusan, teliti dulu senarai kebaikkan dan keburukan rooting.
Kebaikkan Rooting
Sebab yang terbaik untuk root telefon Android anda adalah:
1. "Tethering" atau berkongsi internet 4G/3G anda kepada laptop atau tablet menggunakan USB, Hotspot atau Bluetooth.
2. Install tema custom, ROMS dan membuat modifikasi. Ini adalah sebab kebanyakkan orang root telefon mereka. Keupayaan untuk mengubah telefon anda mengikut cita rasa anda sendiri dan menaiktaraf perisian adalah menjadi keperluan bagi mereka yang root Android.
3. Membuat backup semua data dan aplikasi pada peranti.
4. Keupayaan untuk install sebarang aplikasi atau game, termasuk yang "disekat" atau Tegra-only games.
5. Keupayaan untuk underclock pemprosesan untuk menjimatkan tenaga. Ini adalah penting bagi ramai orang kerana Android banyak memakan bateri.
6. Keupayaan untuk membuang bloatware daripada syarikat telco yang "lock" Android anda. Ramai yang tahu syarikat telco suka meletakkan benda yang mengarut di dalam telefon mereka, rooting adalah satu cara untuk membuangnya.
Keburukkan Rooting
Antara sebab besar tidak root peranti Android anda adalah:
1. Jika proses rooting gagal anda akan "brick" telefon anda dan ini adalah kekal, menyebabkan ianya tidak boleh digunakan langsung. Asasnya, telefon anda tiada gunanya lagi.
2. Rooting telefon anda biasanya membatalkan waranti pembuat telefon. Bunyi seperti mengarut, sejujurnya, OEM tidak akan cover beberapa perkara, bergantung kepada pembuat. Kebanyakkan perkara telefon anda seperti tidak mempunyai waranti lagi dan ini boleh merugikan anda jika telefon anda rosak, dan perlu membaiki dengan kos sendiri.
3. Kelemahan lain yang lebih terperinci adalah apabila melakukan sesuatu terhadap peranti yang telah di root, seperti CPU telefon pintar anda terpadam disebabkan overclocking, meletihkan SD card dan pixel skrin terpadam.
4. Rooting biasanya menyebabkan ketidakstabilan telefon Android anda.Iniberlaku jika anda memasang modifikasi dan ROMS yang masih dalam percubaan sebelum ditakrifkan. Mengharapkan prestasi terbaik tetapi terdapat banyak bugs.
Jadi adakah rooting betul-betul sesuai dengan anda? Jika anda adalah hacker atau pembangun(developer) dan tidak kisah bug, ianya sesuai untuk anda. Jika tidak, anda patut biarkan dahulu dan pastikan anda betul pasti dengan apa yang anda mahukan. Anda mesti ingat kebanyakkan telefon, setelah anda root, anda tidak boleh patah balik. Ianya amat sukar dalam kebanyakkan kes, untuk reset peranti anda kepada asal(factory condition), amat penting untuk anda pertimbangkan dulu sebelum membuat keputusan.
Bagaimanapun, jika anda seperti saya, sayang dengan peranti anda tetapi gemar untuk melakukan lain daripada yang lain. Pendapat saya, tunggu sehingga waranti anda tamat. Selepas waranti tamat, biasanya selepas setahun membeli, tiada apa yang merugikan.
sumber : http://gua-lu.blogspot.com/2012/11/kebaikkan-dan-keburukan-root-android.html
Android
Kebaikkan dan Keburukan Root Android
Related from:
Home
Find Us On Facebook
Sponsor Ads
Hot Topic This Week!
-
FAZURA TAK LAYAK BERGELAR PRINCESS? Pelbagai komen dikemukakan oleh laman sembang kebelakangan ini mengenai perihal Fazura yang dika...
-
Alahai kesiannya dengan Selena Gomez, dia punyalah cinta mati sama kekasihnya, Justin Bieber tapi alih-alih Bieber dilaporkan hanya akan be...
-
PUTRAJAYA - Seorang murid tahun satu, meninggal akibat diserang strok haba setelah disuruh tidur oleh ibunya, demikian dakwaan seorang ...
-
Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan ...
-
Arahan : Mamat Khalid Genre : Aksi/Komedi Tahun : 2014 Rating : 4/5 Ulasan ini mengandungi spoiler. Filem bertema gangster ini adalah ya...
-
Pernahkah anda mengetahui keputusan SPM bagi artis kita? Jom saya kongsikan dengan anda keputusan artis kita. Ada yang mendapat keputusan ...
-
BONGKAR !! (WAJIB BACA !!) Rancangan Baharu Yahudi Wanita Mengandungkan Anak Orang Islam | Sekarang ini ramai "Orang Islam meng...
-
Terbaca di beberapa laman blog ada mendedahkan menjelasan punca sebenar kenapa mangsa samun, Nur Shafiqa ditoreh mukanya. Kenyataan seorang ...
Powered by Helplogger
No comments
Post a Comment