Hiburan
Mat Yo Jadi Bahan Lawak di Media Sosial
Aksi Hambar Dan Gagal Sempurnakan Penalti, Mat Yo Jadi Bahan Lawak Di Media Sosial!!! – Kalau beberapa tahun lepas, penyerang Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali dengan panggilan Mat Yo begitu digeruni oleh pasukan lawan. Oleh itu tidak hairanlah kalau beliau pernah dinobatkan sebagai pemain paling berharga untuk beberapa musim.
Namun ia kini nampak seperti sudah tinggal sejarah. Prestasi Mat Yo nampaknya semakin merosot. Dalam perlawanan akhir (final) Piala Malaysia 2014 antara pasukannya Johor Darul Takzim (JDT) lawan Pahang, aksi Mat Yo memang cukup hambar dan jelas kelihatan beliau sudah keluar dari zaman kegemilangannya...
Dalam perlawanan berkenaan, Mat Yo yang masuk selaku pemain gantian beberapa kali Mat Yo cuba menggelecek pemain lawan namun gagal. Paling menyedihkan apabila gerakan Mat Yo ditepi padang tidak menjadi dan oleh kerana kawalan kurang kemas bola dikakinya keluar dari garisan padang...
Lagi menyedihkan ketika dalam penentuan sepakan penalti dan amat memerlukan jaringan berharga, sepakan Mat Yo telah berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Pahang. Ekoran kegagalan JDT menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2014, Mat Yo jadi bahan lawak di media sosial...
Bukan nak mengutuk atau menambah derita Mat Yo, ammboi cuma secara peribadi cukup kecewa dengan persembahan beliau. Sehingga kini Mat Yo dan Safee Sali masih penyerang terbaik negara. Malaysia tidak punya banyak pilihan untuk mengemudi bahagian depan. Tetapi prestasi dari dua pemain ini adalah amat membimbangkan...
Enggan menunding jari kepada sesiapa, pada ammboi kemerosotan prestasi Mat Yo mungkin berpunca dari beliau sendiri. Tidak dinafikan beliau perlu bersaing merebut posisi penyerang dengan barisan pemain import yang cukup berkaliber di JDT namun jika beliau mampu membuktikan kemampuannya tidak mustahil beliau akan kerap diturunkan dalam perlawanan...
Kekurangan aksi membuatkan beliau sudah hilang sengat dan bisa selaku penggempur sensasi Liga Malaysia sudah tidak ada lagi dalam nama beliau. Ia sudah tentu amat mengecewakan banyak pihak termasuklah pengendali pasukan negara yang dilihat masih menagih aksi Mat Yo...
Semoga Mat Yo terus berusaha gigih untuk memulihkan kembali prestasinya. Buatlah keputusan terbaik. Berada dibangku simpanan dan tampil sesekali sebagai pemain gantian bukan pilihan terbaik untuk anda bagi musim seterusnya...
SUMBER : http://www.berita-harian.net/
Related from:
Home
Find Us On Facebook
Sponsor Ads
Hot Topic This Week!
-
FAZURA TAK LAYAK BERGELAR PRINCESS? Pelbagai komen dikemukakan oleh laman sembang kebelakangan ini mengenai perihal Fazura yang dika...
-
Alahai kesiannya dengan Selena Gomez, dia punyalah cinta mati sama kekasihnya, Justin Bieber tapi alih-alih Bieber dilaporkan hanya akan be...
-
PUTRAJAYA - Seorang murid tahun satu, meninggal akibat diserang strok haba setelah disuruh tidur oleh ibunya, demikian dakwaan seorang ...
-
Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan ...
-
Arahan : Mamat Khalid Genre : Aksi/Komedi Tahun : 2014 Rating : 4/5 Ulasan ini mengandungi spoiler. Filem bertema gangster ini adalah ya...
-
Pernahkah anda mengetahui keputusan SPM bagi artis kita? Jom saya kongsikan dengan anda keputusan artis kita. Ada yang mendapat keputusan ...
-
BONGKAR !! (WAJIB BACA !!) Rancangan Baharu Yahudi Wanita Mengandungkan Anak Orang Islam | Sekarang ini ramai "Orang Islam meng...
-
Terbaca di beberapa laman blog ada mendedahkan menjelasan punca sebenar kenapa mangsa samun, Nur Shafiqa ditoreh mukanya. Kenyataan seorang ...
Powered by Helplogger
No comments
Post a Comment